UPDATE-LIVE PENGAKUAN MENGEJUTKAN ALIF AZIZ

Aliff, Bella sah bercerai

KEMELUT rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bernokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.

Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular pula di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula, hari ini.

Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menerusi siaran langsung di Facebook hari ini dan mendakwa ia adalah gambar lama.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 3:56 PM

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/05/456474/aliff-bella-sah-bercerai-metrotv#utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=aliff_bella_sah_bercerai&webPushId=MjcyOA==

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*