Saling mengagumi

BERBEZA generasi, namun `jantung hati Malaysia’, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Wany Hasrita masing-masing saling mengagumi kerja seni selain pencapaian yang diraih hasil daripada minat yang begitu mendalam dalam bidang seni suara.

Tatkala bertemu dan bertentang mata, Siti Nurhaliza melihat Wany punya jalan yang luas dalam bidang muzik dan yakin masa depan bintang ini akan menyerlah dan bersinar indah.

 

Puji Siti Nurhaliza, Wany mempunyai pakej yang sempurna sebagai seorang penyanyi, berpenampilan menarik dengan suara yang bagus.

“Saya melihat Wany seorang penyanyi muda yang mempunyai banyak kelebihan. Dia cantik, bijak, lembut orangnya dan suara pun sedap serta lunak.

“Saya percaya dia mampu pergi jauh dalam bidang seni dengan syarat ada bimbingan dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman untuk membawanya ke arah yang tepat.

“Apa yang penting, mesti kerja keras dan selalu meningkatkan kemampuan diri dan jangan sentiasa berpuas hati dengan apa yang dihasilkan. Selalu kemas kini bakat seni dan belajar selalu,” kata diva tersohor ini.

Buat Wany sendiri yang terkesima apabila diminta bergandingan dengan Siti Nurhaliza dalam satu majlis keraian, seakan terpukau dek kagum dengan artis pujaannya berada di depan mata.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*